Katakanlah (Wahai Muhammad): " Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk*.

* Surah ini mengajar kita memohon perlindungan kepada Allah taala dari bahaya yang datang dari segala jenis makhluk, terutama dari bahaya:

pertama: yang datang dari kejadian gelap - gelap malam yang menjadi peluang kepada sebahagian besar dari makhluk2 jahat keluar dari tempat masing2 melakukan kejahatannya, sedang jalan mendapat keselamatan dan pertolongan pada masa itu tidak banyak dan tidak mudah; gelap mata kepala, gelap mata hati dan gelap jalan penghidupan dan sebagainya.

kedua - yang datangnya dari makhluk yg berjiwa kotor, yang berusaha menbuat fitnah melonggarkan simpulan iktiqad, menghuraikan ikatan muhibah, meruntuhkan rumahtangga, memecahbelahkan perpaduan kaum kerabat dan merosakkan masyarakat; ahli2 sihir dan orang2 seperti itu yang melakukan perbuatan yang merosakkan dan membahayakan orang lain adalah dari golongan makhluk2 yang berjiwa kotor ini; mereka akan menjadi bahan bakaran api neraka kalau mereka tidak bertaubat nasuha.

ketiga - yang datangnya dari manusia yang menjalankan tipu daya dan angkaranya untuk menghilangkan sesuatu nikmat tuhan dari seseorang yang beroleh nikmat itu: orang yang demikian perangainya ialah orang yang ada didalam jiwanya penyakit hasad (penyakit dengki) iaitu penyakit tidah senang hati melihat atau mendengar orang mendapat nikmat daripada Allah taala selagi nikmat itu tidak hilang daripada orang yang mendapatnya; penyakit yang menyebabkan berlakunya berbagai2 kederhakaan; penyakit inilah yang menyebabkan iblis menjadi kafir kerana tidak senang hatinya melihat Nabi Adam mendapat pangkat, dan penyakit inilah yang menyebabkan Qabil membunuh saudaranya Habil kerana tidak senang hatinya mendengar Habil ditetapkan mendapat isteri yang lebih cantik dari yang ditetapkan kepadanya.

Oleh sebab itu maka diwajibkan tiap2 seseorang membasmi penyakit itu dari jiwanya, kalau tidak maka penyakit itu akan menghapuskan segala kebajikan yang ia kerjakan.

Dari semuanya itu kita memohon perlindungan kepada Allah yang maha kuasa, tuhan yang menjadikan sekalian makhluk.

[Surah-Surah Lain]