Make your own free website on Tripod.com

(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia*.

* Sebagaimana surah yang lalu telah mengajar kita memohon perlindungan kepada tuhan dari segala bahaya zahir, maka surah ini mengajar kita memohon perlindungan dari bahaya2 batin iaitu dari bahaya perasaan syak ragu2 dan ingatan buruk yang datangnya dari angkara makhluk yang tidak kelihatan kepada kita - (syaitan atau jin), dan dari tipu daya makhluk yang berupa manusia; perasaan dan ingatan tersebut adalah menjadi penyakit yang besar yang menyebabkan kerosakan iktiqad kepercayaan, amal ibadat dan segala bawaan hidup.

Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan bahawa ayat2 dua surah ini( surah al falaq dan surah an nas) tidak ada tolok bandingnya untuk seseorang memohon perlindungan dari segala jenis bahaya. Demikianlah disebutkan hadisnya oleh al Imam Muslim.

Al tarmizi, Abu Daud, dan al nasai pula menyebut satu hadis yang maksudnya:

Bacalah surah2 Qulhuwallahuahad, qua'uzubirabbilfalaq, dan qula'uzubirabbilnas tiga kali bila engkau berada pada waktu pagi, dan tiga kali bila engkau berada pada waktu petang, supaya engkau terpelihara dan terselamat dari segala bahaya dan bencana.

Ingatlah! Perintah Allah azzawajalla dan ajaran rasulullah s.a.w. adaalh untuk kita mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat dengan cukup sempurna, ...

[Surah-Surah Lain]